FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Monday, December 12, 2011

IKLAN ASWARA

Satu tengah malam saya telah dipanggil oleh rakan saya...mentang-mentanglah saya ni sudah berada di K.Lumpur....jadi gamaknya ramailah kawan saya yang membega saya. Demi menunaikan citarasa rakyat, maka saya pun bertandanglah ke satu tempat yang dikenali Bapak Aku Punya Studio....bapak dia!....

maka disuruhnya saya yang sedang mengantuk untuk membuat iklan ASWARA bersama Abdullah Jones. Macam kena siksa kami melayan kehendak produser....untuk itu...maka anda saksikan di bawah ini....

saya juga mengucapkan jutaan terimakasehhh kepada www.1tube.my - media on line rasmi aswara atas jemputan menjayakan filem sensasi ini.

Saturday, December 10, 2011

CAST IRON SCULPTURE- OLEH PELAJAR SENI HALUS ASWARA

Sebagai projek akhir untuk tahun 2011, pelajar seni halus telah didedahkan menggunakan logam untuk menghasilkan karya arca. De'Astek craft yang menghasilkan barangan logam di Bukit Beruntung menjadi lokasi seterusnya dalam menghasilkan karya ini.

Logam yang digunakan adalah dari jenis pewter yang mana hasilannya banyak digunapakai dalam penghasilan aksesori pakaian tradisi wanita.

Antara hasilan logam yang dikeluarkan dari 'spinning machine'

pewter yang dipanaskan dalam takat lebur suhu 600 ferenheait

Pewter cair kemudian dituangkan kedalam acuan

Kacip, antara hasilan yang dihasilkan.

Hasilan pewter yang dikeluarkan dari 'mold', memerlukan kerja halus untuk disiapkan.



pelajar menggunakan spinning machine-salah satu alatan terkini dalam 'mold' bagi menghasilkan karya.


rekabentuk dan hasilan yang dikeluarkan dari acuan silikon.


En Aswat merupakan pemilik kilang berkenaan. Terimakasih kerana memberi peluang bagi kami para pelajar ASWARA menggunakan ruang kilang beliau.

Thursday, August 18, 2011

SCULPTURE-SERAMIK ASWARA@INSTITUT KRAF NEGARA


Untuk menyaksikan video proses kerja ini sila klik....

Tuesday, August 16, 2011

DOWN TO EARTH-ASWARA student @ IKN


Hari ini 16 ogos, seramai lapan pelajar aswara tahun 2 dari Fakulti Seni Halus berpeluang untuk menghasilkan karya arca yang telah direka cadang dengan menggunakan tanah liat.

Bengkel ini telah diadakan di bahagian seramik, Institut Kraf Negara((IKN) Rawang. Terimakasih kepada pihak IKN kerana memberi peluang.


mengikut rekabentuk yang telah dicadangkan.


Uli betui-betui.....
gini.....

lebih 17 tahun tak main potters wheel....bolehlaa

dah boleh menguli...

Gelek bang...gelek.....

Yeker tuuu....
Staf dan jurukamera 1tube.my turut kelihatan bagi merakam proses kerja. Terimakasih 1tube.my kerana sentiasa membuat liputan pelajar kami.

haha.....sakit tulang...
serius nie....dia sememangnya serius!

Bob menunggu giliran...

yang di belakang tu...Rafil, senantiasa kata....salah tu bro.....


Kakak pun turut kelihatan bagi menghasilkan karya figuranya...




Connor juga turut bersama....'cukup pandai menggunakan potters wheel'..haha.