FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Friday, July 29, 2011

Sunday, July 24, 2011

KONSERVASI RUMAH PAHANG OLEH REKTOR ASWARA

Kira-kira dua tahun lalu saya pernah diajak oleh Prof.Dato.Dr.Hj. Najib untuk sama masuk ke hutan meredah bukit-bukau untuk melihat rumah lama Pahang. Habis kebun getah, sungai kami terokai, habis sungai, kandang lembu pun turut digegari.

Apa yang keluar dari keluhannya adalah...."Orang Pahang ni tak pandai menghargai warisan yang ada....semua nak baru!"...saya hanya berdiam diri kerana keletihan meredah semak samun yang ada. Walaupun saya tidak ikhlas mengikutnya ke hutan...tapi saya tahu ia cukup bermanafaat untuk saya..paling tidak beliau cukup arif mengenai susur-galur keturunan di daerahnya itu.

Dia menunjukkan saya rumah tradisional pahang yang saya kira telah ditinggalkan begitu lama, di bawah rumah tersebut telah dijadikan kandang lembu!....kata dia..."Rumah ni aku nak ambik ni"....saya pun kata..."ok gak nie...bagus Dr!"...mana koi nak mencari tuannye...dengan bahasa dialek inderapura yang cukup pekat....saya pun menjawab...ada gamoknya, Dr carilaa....

Dalam perjalanan pulang, saya merasakan apa yang ingin dilaksanakannya itu agak sukar. keadaan ini adalah kerana tuan rumah tersebut tidak dapat dijejaki. namun saya sangat kenal akan Dr....dia pasti akan mencari jalan untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Sesekali ada juga saya berkata...'kalau susah-susah...beli je rumah baru...'.Dia buat dengar tak dengar sahaja cadangan saya itu. Sejenak dia memandang ketepi selaku berkata....'koi nak juga rumah tu....cantik...'.

Sekian detik masa berlalu....saya amat terkejut kerana saya sudah melihat rumah tersebut telah berada di tanah halaman beliau. Katanya....'amacam?'(senyum).Tidak ada apa yang saya boleh katakan hanya...rasa dengki dan akur akan usahanya sambil berkata...Tahniah tok!...

Rumah tersebut memang cantik, malah ada gaya masa kini....bukan lagi usang nilaiannya....

Kini, saya akur itulah Prof.Dato.Dr.Hj. Mohd Najib b. Ahmad Dawa, seorang karyawan, yang cukup bersemangat tinggi serta masih lagi berupaya melakukannya walaupun saya tahu beliau semakin berusia. Bukan hanya wang ringgit yang banyak telah dilaburkan bagi merealisasikannya, malah rasa cintanya terhadap warisan lama yang kian pupus sangat perlu di sanjung tinggi.


Saya dan seantara rakyat negeri Inderapura, seharusnya rasa malu dan segan akan usaha murni beliau ini. Tiada lagi orang yang berfikiran sepertinya pada hari ini. Ramai yang menidakkan usaha beliau sebelum ini termasuklah diri saya. Kini telah tersergam indah warisan tradisi lama Pahang di sekeping tanah di persisiran jalan di kampung Karak, Bentong Pahang.

Apa yang saya pelajari disini adalah....saya perlu lagi menambah ilmu! bukan saya sahaja yang merasakannya, malah semua yang hadir melihat usaha ini turut berkata....bodoh aku tak buat gini !....bukan hanya wang ringgit dan masa perlu dikorbankan...malah kreativiti juga amat perlu bagi merealisasikan usaha ini.!.

Tahniah dan Syabas buat Dato. Dr. Najib!...paling tidak, kalau saya lalu dipesisiran jalan lama itu, saya akan menunjukkan kepada anak saya...itulah contoh rumah Pahang, rumah moyang ayah dahulu.....mungkin anak anda bertanya....rumah siapa itu??....itulah rumah Dato'. Dr. Najib!,....seraya dalam hati turut berkata, terimakasih atas usaha Dr!, paling tidak ada juga untuk tatapan generasi akan datang.

Dr......kami Tabik!

Bilik air...macam 5 star.

Kini rumah ini sudah mendapat tempahan untuk kem motivasi, sudah diketahui oleh beberapa pihak .

Chong Hip Seng(pelukis penang) berkesempatan melawat rumah Dr. katanya....'saya pun mau bikin ini macam....lagi talak pakai banyak wang maa...'

UNTUK PENGETAHUAN....rumah ini juga setelah siap, boleh disewa untuk mengadakan aktiviti berkumpulan malah aktiviti hujung minggu bersama keluarga....hanya berhubunglah dengan beliau...

Rao...juga turut kelihatan.
Dato menunjukkan masih lagi terdapat keaslian rekabentuk pada rumah beliau.
Kini, tersergam indah.

ruang dalaman salah sebuah rumah.



saya kira ada untung looo bikin ini macam...

haha...haiyaaaaa ada durian looooo....

La.... Rani Majid pun turut kelihatan.....

Wednesday, July 20, 2011

LAMBAIAN PARIS UNTUK ASWARA

14 hb Julai 2011 merupakan hari bersejarah dalam diari ASWARA. Pameran Pelukis Malaysia Perancis(MaFe)2011 telah diadakan di galeri ASWARA. Saya bagi pihak pengurusan ASWARA mengucapkan terimakasih pada hadirin yang datang kerana cukup prihatin atas perkembangan seni semasa di negara kita.

Aktiviti sedemikian rupa merupakan aktiviti pertama kali yang diadakan bagi memperkenalkan penggiat seni tanahair serta ASWARA di mata dunia. Tahniah kepada Dato' Rektor, kakitangan pengurusan, warga ASWARA serta pihak fakulti Seni Halus yang mewujudkan galeri bagi memberi pendedahan seemikian kepada khalayak ramai.

MaFe telah mengenegahkan empat pelukis tanahair, Suzzle Ibrahim, Abd Rani Majid dan Chong Hip Seng , manakala empat pelukis dari Perncis terdiri dari R.Blanquart, Charlie, Aurellll dan Beton. Sebahagian pelukis Perancis ini menetap di Reunion Island serta kerap mengadakan pameran di Paris.

Pameran ini telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia.

Tahniah kepada pelukis terlibat serta warga ASWARA.

Cenderahati untuk YB Timbalan Menteri dari artis terlibat.


Hadirin yang hadir


R.Blanquart dengan karya arcanya.


Chong Hip Seng menerangkan sesuatu kepada VIP mengenai hasil karyanya.

Dato Maznah Jalil juga turut tidak ketinggalan hadir bagi menghayati karya yang dihasilkan. Beliau sedang diberi penerangan oleh pelukis Abd. Rani Majid.Terimakasih Dato' atas sokongan yang diberikan.





Prof. Zulkifli Yusuf sebagai artis yang selalu memantau akan perkembangan seni lukis tanahair. Kelihatan Beliau sedang berkata mengenai karya yang dihasilkan oleh anakdidiknya, ismadi. Terimakasih juga atas sokongan yang diberikan oleh Prof.








Kelihatan juga Tan Sri Jins Shamsudin yang turut hadir bagi bersama berkongsi informasi.




ismadi sedang memberi penerangan mengenai hasilan karyanya kepada YB Timbalan Menteri, Tan Sri Jins serta Dato' Rektor.








Peserta dan sebahagian pelajar ASWARA yang turut mengambil peluang bersama bagi menghasilkan karya dalam bengkel yang diadakan.





Kenapa Jadi Begini....tanya YB Timbalan Menteri......Entahlah Dato'....kata ismadi.


Tan Sri cukup teruja dengan karya yang dihasilkan oleh Suzzle.





Karya yang dihasilkan oleh Aurellll.


Terimakasih atas kehadiran mereka dari Fakulti Muzik ASWARA yang cukup terkenal ini bagi menghiburkan hadirin.

Saudara Rizal, sebagai pegawai khas yang ditugaskan oleh pihak ASWARA untuk menguruskan perjalanan peserta Perancis turut mengambil peluang merakam gambar kenangan bersama Aurellll....katanya Hanya gambar sahaja....




Dato' Mahsun juga tidak ketinggalan bersama menyertai bengkel yang diadakan.


Gina, pelukis wanita paling tekun menghasilkan karya.

Marisa juga turut kelihatan dalam pameran dan bengkel yang diadakan ini.



Beliau merupakan satu-satunya pelukis wanita Iran yang ikut turut serta.

Blanquart dan Charlie merupakan pelukis yang cukup pemalu kalau diajukan sebarang soalan ....mereka ini hanya tersenyum sambil berkata....I OK!...U?...jawab sahaja OK...


Filem Patriotik Bukit Kepong sememangnya sinonim dengan beliau ini, Tan Sri Jins Shamsudin.

Post Mortem oleh Dato' Rektor yang dijalankan sebaik sahaja majlis Pelancaran selesai. Turut kelihatan saudara Rafil Ramli, CEO 1 tube.com, penyiar rasmi yang turut membantu mempromosikan pameran ini.

Pihak RTM juga turut kelihatan membuat liputan. Kelihatan Dato Rektor sedang diwawancara.




Suzlee dan rakan sedang membicarakan hal pameran ini.


Tahniah! semua.....