FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Sunday, April 8, 2012

Pameran MAIRA-Malaysia-Iran Art Exhibition, ASWARA, April 2012.

Penyampaian sijil penyertaan oleh Ybhg. Rektor.

Satu pameran lukisan telah diadakan antara pelukis Malaysia dan Iran telah diadakan di Galeri seni ASWARA pada 4 April 2012, jam 4 petang.Pameran ini telah bermula dari 19March hingga 12 April 2012.

Pameran ini merupakan pameran kedua yang telah diadakan di CUBE Gallery sebelum ini.

Pameran ini melibatkan 45 karya oleh 20 pelukis dari kedua-dua buah negara yang mana 25 karya adalah dihasilkan oleh pelajar ASWARA dan pelukis tempatan, manakala 20 dari lukisan yang dipamerkan adalah dari pelukis Iran. Pameran ini telah dirasmikan oleh Ybhg.Rektor ASWARA, Prof.Dr.Atta Azad Khan. Kira-kira 200 tetamu menghadiri pameran ini.

Pameran ini dianjurkan bersama dengan CUBE Gallery, yang mana satu-satunya galeran Iran yang berada di Malaysia.

Syabas kepada peserta dan kakitangan ASWARA yang telah menjayakan pameran ini.



Tetamu yang hadir terdiri dari kalangan peminat seni Malaysia dan Iran.



Monday, December 12, 2011

IKLAN ASWARA

Satu tengah malam saya telah dipanggil oleh rakan saya...mentang-mentanglah saya ni sudah berada di K.Lumpur....jadi gamaknya ramailah kawan saya yang membega saya. Demi menunaikan citarasa rakyat, maka saya pun bertandanglah ke satu tempat yang dikenali Bapak Aku Punya Studio....bapak dia!....

maka disuruhnya saya yang sedang mengantuk untuk membuat iklan ASWARA bersama Abdullah Jones. Macam kena siksa kami melayan kehendak produser....untuk itu...maka anda saksikan di bawah ini....

saya juga mengucapkan jutaan terimakasehhh kepada www.1tube.my - media on line rasmi aswara atas jemputan menjayakan filem sensasi ini.

Saturday, December 10, 2011

CAST IRON SCULPTURE- OLEH PELAJAR SENI HALUS ASWARA

Sebagai projek akhir untuk tahun 2011, pelajar seni halus telah didedahkan menggunakan logam untuk menghasilkan karya arca. De'Astek craft yang menghasilkan barangan logam di Bukit Beruntung menjadi lokasi seterusnya dalam menghasilkan karya ini.

Logam yang digunakan adalah dari jenis pewter yang mana hasilannya banyak digunapakai dalam penghasilan aksesori pakaian tradisi wanita.

Antara hasilan logam yang dikeluarkan dari 'spinning machine'

pewter yang dipanaskan dalam takat lebur suhu 600 ferenheait

Pewter cair kemudian dituangkan kedalam acuan

Kacip, antara hasilan yang dihasilkan.

Hasilan pewter yang dikeluarkan dari 'mold', memerlukan kerja halus untuk disiapkan.



pelajar menggunakan spinning machine-salah satu alatan terkini dalam 'mold' bagi menghasilkan karya.


rekabentuk dan hasilan yang dikeluarkan dari acuan silikon.


En Aswat merupakan pemilik kilang berkenaan. Terimakasih kerana memberi peluang bagi kami para pelajar ASWARA menggunakan ruang kilang beliau.

Thursday, August 18, 2011

SCULPTURE-SERAMIK ASWARA@INSTITUT KRAF NEGARA


Untuk menyaksikan video proses kerja ini sila klik....