FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Wednesday, July 20, 2011

LAMBAIAN PARIS UNTUK ASWARA

14 hb Julai 2011 merupakan hari bersejarah dalam diari ASWARA. Pameran Pelukis Malaysia Perancis(MaFe)2011 telah diadakan di galeri ASWARA. Saya bagi pihak pengurusan ASWARA mengucapkan terimakasih pada hadirin yang datang kerana cukup prihatin atas perkembangan seni semasa di negara kita.

Aktiviti sedemikian rupa merupakan aktiviti pertama kali yang diadakan bagi memperkenalkan penggiat seni tanahair serta ASWARA di mata dunia. Tahniah kepada Dato' Rektor, kakitangan pengurusan, warga ASWARA serta pihak fakulti Seni Halus yang mewujudkan galeri bagi memberi pendedahan seemikian kepada khalayak ramai.

MaFe telah mengenegahkan empat pelukis tanahair, Suzzle Ibrahim, Abd Rani Majid dan Chong Hip Seng , manakala empat pelukis dari Perncis terdiri dari R.Blanquart, Charlie, Aurellll dan Beton. Sebahagian pelukis Perancis ini menetap di Reunion Island serta kerap mengadakan pameran di Paris.

Pameran ini telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia.

Tahniah kepada pelukis terlibat serta warga ASWARA.

Cenderahati untuk YB Timbalan Menteri dari artis terlibat.


Hadirin yang hadir


R.Blanquart dengan karya arcanya.


Chong Hip Seng menerangkan sesuatu kepada VIP mengenai hasil karyanya.

Dato Maznah Jalil juga turut tidak ketinggalan hadir bagi menghayati karya yang dihasilkan. Beliau sedang diberi penerangan oleh pelukis Abd. Rani Majid.Terimakasih Dato' atas sokongan yang diberikan.





Prof. Zulkifli Yusuf sebagai artis yang selalu memantau akan perkembangan seni lukis tanahair. Kelihatan Beliau sedang berkata mengenai karya yang dihasilkan oleh anakdidiknya, ismadi. Terimakasih juga atas sokongan yang diberikan oleh Prof.








Kelihatan juga Tan Sri Jins Shamsudin yang turut hadir bagi bersama berkongsi informasi.




ismadi sedang memberi penerangan mengenai hasilan karyanya kepada YB Timbalan Menteri, Tan Sri Jins serta Dato' Rektor.








Peserta dan sebahagian pelajar ASWARA yang turut mengambil peluang bersama bagi menghasilkan karya dalam bengkel yang diadakan.





Kenapa Jadi Begini....tanya YB Timbalan Menteri......Entahlah Dato'....kata ismadi.


Tan Sri cukup teruja dengan karya yang dihasilkan oleh Suzzle.





Karya yang dihasilkan oleh Aurellll.


Terimakasih atas kehadiran mereka dari Fakulti Muzik ASWARA yang cukup terkenal ini bagi menghiburkan hadirin.

Saudara Rizal, sebagai pegawai khas yang ditugaskan oleh pihak ASWARA untuk menguruskan perjalanan peserta Perancis turut mengambil peluang merakam gambar kenangan bersama Aurellll....katanya Hanya gambar sahaja....




Dato' Mahsun juga tidak ketinggalan bersama menyertai bengkel yang diadakan.


Gina, pelukis wanita paling tekun menghasilkan karya.

Marisa juga turut kelihatan dalam pameran dan bengkel yang diadakan ini.



Beliau merupakan satu-satunya pelukis wanita Iran yang ikut turut serta.

Blanquart dan Charlie merupakan pelukis yang cukup pemalu kalau diajukan sebarang soalan ....mereka ini hanya tersenyum sambil berkata....I OK!...U?...jawab sahaja OK...


Filem Patriotik Bukit Kepong sememangnya sinonim dengan beliau ini, Tan Sri Jins Shamsudin.

Post Mortem oleh Dato' Rektor yang dijalankan sebaik sahaja majlis Pelancaran selesai. Turut kelihatan saudara Rafil Ramli, CEO 1 tube.com, penyiar rasmi yang turut membantu mempromosikan pameran ini.

Pihak RTM juga turut kelihatan membuat liputan. Kelihatan Dato Rektor sedang diwawancara.




Suzlee dan rakan sedang membicarakan hal pameran ini.


Tahniah! semua.....

No comments:

Post a Comment