FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Tuesday, July 5, 2011

PERSIAPAN MAFE & PENEMPAHAN UNTUK PAMERAN DI GALERI

Saya kira ini adalah buat julung kalinya pihak fakulti Seni halus begitu serius dalam menghadapi MAFE(pameran pelukis Malaysia Perancis).
Ini termasuklah membuat ppersiapan bagi menceriakan ruang galeri yang akan digunakan untuk berpameran. Saya mengucapkan jutaaan terimakasih dan syabas kepada semua pihak dan terutamanya Dato.Dr. Najib Dawa, Rektor yang selalu memantau perkembangan pengantarabangsaan fakulti sebagaimana yang dilakukan ini.

Banyak pengubahsuaian dilakukan termasuk ruang dalam dan luar ruang lobi yang suatu ketika nampak layu telah menjadi sangat ceria. Ini termasuk keputusan majlis mesyuarat untuk menjadikan ruang ini sebagai galeri bagi mempamerkan karya pelajar dan para pelukis. Antara lain, ruang ini juga akan dijadikan ruang pameran bagi para pelukis terbiar seperti saya yang tiada mendapat mana-mana ruang di galeri di luar sana untuk berpameran. Sekiranya anda berminat untuk mengadakan pameran, maka bolehlah anda menghantar kertas kerja atau terus menghubungi pihak kami, berbincang mengenai pameran yang bakal anda adakan dan saya percaya...anda akan dilayan tanpa banyak birokrasi dan campurtangan pihak luar....percayalah!

Sekiranya anda kesini nanti...katakan saja....galeri ini cukup menarik dan unik....kerana banyak wang, tenaga dan usaha.Dengan demikian, saya dan beberapa rakan lain terpaksa bermasam muka terutamannya kontraktor cat yang selalu melakukan kesilapan dalam memilih warna-warna idaman yang paling mahal atas tujuan bagi menyiapkan galeri ini.....jika anda baru datang kesini...mudah saja....buat-buat muka teruja...katakan galeri ini cukup cantik dan pelik dengan warna yang sedikit kuantumm!!




No comments:

Post a Comment