FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Monday, June 27, 2011

FAKULTI SENI HALUS ASWARA

Fakulti Seni Halus bermatlamat melahirkan karyawan, seniman, pelukis, pengarca, penghayat seni yang berilmu,kreatif, beradab dan professional melalui satu program pendidikan formal seni halus yang bersifat holistik berteraskan kesenian dan warisan negara. Tumpuan diberikan kepada pendidikan seni berbentuk vokasional dan kemahiran dengan sokongan latihan dari adiguru-adiguru Negara, berteraskan warisan dan budaya dalam tiga cabang seni halus yang utama iaitu catan, cetakan dan arca.

PENSYARAH sepenuh masa
-En. Suzzlee b Ibrahim
-En. Marfizul Azuan Marsuki
-En. Mohamad Ismadi Sallehudin

PENSYARAH sambilan
- Dr.Ruzaika Omar Basaree
-En. Mad Anuar Ismail
-En.Muhammad Juhari Said
-En. Fauzin Mustaffa
-En.Ahmad Shukri
-En.Faizal Suhif
-En.Bakir Baharom
-En Izuan Ismail

PERINGKAT PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Diploma Seni Halus-3 Tahun
Ijazah Sarjana Muda Drawing(bakal dibuka pada sessi pengajian 2012)

SYARAT KEMASUKAN


Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan tiga mata pelajaran lain;ATAU Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu prinsipal; dan lulus mata pelajaran Ekonomi,
DAN Warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon
DAN Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA

Keterangan Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai pengajian yang ditawarkan, anda boleh melayari www.aswara.edu.my

No comments:

Post a Comment