FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Thursday, June 30, 2011

KURATOR MAFE-ERRY ARHAM-KOBOI

Semalam saya berkesempatan seharian bersama Erry, kurator yang penuh dengan kontroversi di Balai Seni Visual Negara.Malaysia.

Pagi-pagi buta lagi dia telah menelepon saya dan katanya.....ini arahan dari Dato(saya tidak pasti dato mana punya arahan) agar saya membawanya utk kerumah Abd. Rani. Dalam perjalanan berkobar-kobar katanya dia akan membuat liputan mengenai pelukis terlibat untuk ditulis didalam artikel beliau.

Saya hanya mengaguk-agukkan kepala tanda bersetuju sangat akan saranan beliau....tetapi menjadi tanda tanya...saya juga terlibat tetapi hingga kini belum diinterview oleh beliau....saya selalunya hanya redha akan keadaan yang selalu melanda diri saya terutamanya di Kuantan suatu ketika lalu setelah banyak kali dipermainkan oleh kumpulan burung liar pantai timur, kumpulan Rajawali!.

Setibanya dirumah Rani...beliau hanya menyapa abang Rani secara bersahaja seolah untuk menunjukkan kepada saya bahawa dia telah membuat temujanji sebelumnya dengan artis berkenaan. Namun dari riak muka Rani....keadaan adalah sebaliknya. Abang Rani yang hanya berkain pelikat hanya mengagguk-anggukkan kepalanya dan seraya berkata 'masuklah dulu"...ingin saya katakan disini...ketibaan kami dirumahnya, semasa abang Rani sedang bermain dengan burung tekukurnya....

Sememangnya saya mengetahui akan abang Rani seorang anak Melayu yang cukup bersopan dan bertamadun walaupun terkenal di negara Eropah terutamanya di Perancis. Saya selalu malu akan budibahasa pekerti yang tinggi ditunjukkan oleh Abang Rani walaupun saya tahu dia berasal dari kampung yang sama dengan kampung saya. Saya belum pernah cuba bertanya pada beliau akan keturunanya....

Gambar yang saya ambil dibawah ini sempat menunjukkan abang Rani baru lepas menggayutkan burung peliharaannya.Katanya dia terpaksa menyimpan burung tersebut di dalam rumahnya pada waktu malam kerana ramai yang menginginkannya....termasuk mat rempit.


Erry sebagaimana kurator biasa...mula memerhatikan karya-karya abang Rani.tiada soalan menarik yang keluar dari mulut beliau...hanya soalan biasa sahaja...buat bile?...nak hantar mana nie?...ada yang besar ke?...color apa nie? ...soalannya biasa-biasa sahaja dan sebahagiannya tidak memerlukan jawapan.....



Abang Rani yang bersuara kemasik seksi....cuba menjawab setiap soalan Erry dengan penuh harapan. Keadaan ini amat merisaukan saya kerana abang Rani dilihat semakin tenat ditanya dengan soalan-soalan fakta yang bertalu-talu dari Erry.

Walaubagaimanapun....Abang Rani ini juga bijak juga orangnya....dia cuba mengalih pandangan fokus Erry dari soalan kepada hobinya....lihat sahaja gambar dibawah ini...



koleksi beg ala tentera yang dibeli dari beberapa negara...


Dia juga berkata...dia selalu memancing...dan mempunyai koleksi joran yang cukup kuat dan tahan hentakan. Pelbagai jenis ikan menjadi bahan ceritanya...saya tiba-tiba tersentak dengan kata erry...kalau dapat ikan bolehlah mengajaknya kerumah.

Erry sambil bercerita cuba mengambil beberapa keping katalog berpameran yang dilihat diatas meja dan almari.....wah dah banyak abang berpameran....abang Rani tidak melepaskan peluang menjawab beberapa soalan yang dikira akan diabadikan erry dalam nota katalognya kelak!

Dalam pada itu, erry mengeluarkan pen dan buku yang seolah dia mencatat apa yang diperkatakan oleh tamu seninya itu. Tetapi saya tidak pasti apa yang dicatatkannya.

Tiba-tiba dalam temubual tersebut, abang Rani cuba mengetengahkan rakan beliau, Dato'Dr .Najib...yang semestinya boss kepada erry sebelum ini...saya terus melihat perubahan watak erry setelah melihat kelibat gambar Dato dari beberapa katalog yang dipaparkan oleh Rani.....dengan tiba-tiba sahaja keadaan bertukar serius....pelbagai soalan yang diluar dari skop kepala saya yang diajukan kepada Rani....disini lah saya lihat kematangan dan kehebatan erry bagi mengendalikan wawancara seni sehinggakan beliau tahu akan 'gerakan bawah tanah' perkumpulan seni dunia termasuklah group....'Foot Bridge".

Erry agak tergamam seketika ketika diberitahu oleh abang Rani bahawa gerakan tersebut di asaskan serta 'mastermind' oleh boss beliau yang mempunyai keanggotaan terdiri dari para pelukis otai dari beberapa negara!!

Dato'. Prof. Dr. Hj. Mohd Najib b Ahmad Dawa....walaupun kini sebagai Rektor ASWARA, namun berjasa dalam seni dunia.....


antara katalog 'Foot Bridge'
soalan demi soalan diajukan dan perbincangan semakin serius hinggakan diluar skop pengetahuan saya mengenai seni....kini saya akui kehebatan erry dalam mengendalikan wawancara serta menyelami jiwa seorang pelukis dari pengetahuan beliau.


Abang Rani pula mengeluarkan satu persatu keratan akhbar perancis yang ternyata tidak difahami oleh saya begitu juga erry mengenai liputan berpamerannya di sana. Saya tergamam seketika bila dikatakan beliau telah mengadakan sembilan kali pameran solo di kota perancis termasuk dikepulauan Re -Union..Tidak mustahillah dia hanya pulang ke Malaysia sesekali dan hanya bermain dengan burung kesayangannya sahaja!

saya kira terlalu banyak keratan akhbar yang membuat liputan tentang pamerannya dan saya disini hanya memaparkan sebahagiannya sahaja.


Siri itik pulang petang-karya A.Rani Majid.

Nostalgia oleh rakannya, Amran Omar.




Nostalgia potret Rani oleh rakan pelukis Perancis.

Mereka merupakan sahabat akrab suatu ketika dulu, Allahyarham Piyadasa bersama beliau.

Termenung seketika, Erry memikirkan kehebatan abang Rani yang hanya 'low profile'. Anak Melayu ini yang sememangnya sudah terkenal di kota seni dunia...walaupun mungkin Abd. Rani Majid hanya dikenali sebagai satu nama kecil lagi di negara ini...menumpang pameran rakan-rakan, hanya menjauhkan diri semasa perasmian pameran dan kini abang Rani sudahpun meletakkan namanya di Museum Louvre, satu museum seni lukis dunia kerana telah dijemput oleh Kerajaan Perancis untuk sama berpameran disana.

Sebagaimana biasa...erry cuba melobi dan akhirnya abang Rani termakan juga atas kata-kata beliau, akhirnya abang rani menghadiahkan sebuah lukisan untuk erry yang nyata sampailah matlamat beliau untuk bertemu dengan abang rani.

Untuk mereka berdua...saya kagum dengan kalian...kerana erry dengan kehebatannya dan abang Rani pula dengan jasa-jasa beliau mengangkat seni negara di persada seni antarabangsa! sebagai pelukis muda jalannya telah dirintis oleh abang Rani...sekali lagi saya TABIK untuk kalian. Semoga Terus Berjaya.

Untuk pengetahuan semua ...Erry adalah Kurator Balai Seni Visual Negara yang akan mengkuratorikan pameran MAFE-Pameran Kolaborasi pelukis Malaysia Perancis yang akan diadakan di Galeri ASWARA pada 14 Julai 2011.Perasmian 4 petang. Dijemput semua untuk menghadirinya...kerana abang rani akan sama berpameran. Sama-samalah kita menghayati karya beliau dan pelukis lain yang turut serta!



No comments:

Post a Comment