FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Monday, June 27, 2011

PAMERAN ART CONNEXION


Saya agak terkejut juga dengan kewujudan galeri baru yang dimiliki oleh warganegara iran yang bermastautin di negara ini. Baru-baru ini satu pameran yang menggabungkan pelukis tempatan dan dari iran telah diadakan di galeri tersebut bertempat di Ampang point.

Pameran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Rektor ASWARA, Prof.Dato.Dr.Hj.Mohd Najib Ahmad Dawa pada 25 jun pada pukul 3 petang. Kelihatan cukup ramai hadirin yang hadir terutama bagi peminat seni tempatan dan antarabangsa. Beberapa pensyarah dari ASWARA saudara suzlee, Rashdan dan boy turut serta dalam pameran ini.

Pihak ASWARA juga telah menjalinkan perjanjian bagi menganjurkan pameran antarabangsa sedemikian yang akan diadakan di galeri aswara pada masa yang akan datang.

SYABAS dan TAHNIAH bagi mereka yang telah berjaya menganjurkan pameran sedemikian serta pelukis dari kedua dua negara yang menyertai pameran ini.

Dia inilah satu-satunya wanita iran pertama yang dikatakan akan belajar di aswara dalam tempoh terdekat ini setelah berbicara bersama Rashdan.

Philip Wong juga turut kelihatan



BOY, pelukis yang sangat pemalu ini juga menyertai pameran ini.steady boy...

Antara karya oleh salah seorang pelukis iran, cerita di bilik air.

Suzlee sememangnya suka mencari peluang dari hasil idea bernas rakan-rakannya yang lain

lihat dibelakang itu...saudara Rasdan sedang menunjuk cara melukis figura dengan betul..

lihat tawanya suzlee...ada sahaja idea yang mungkin akan diketengahkan oleh beliau kepada Dato....usulnya adalah satu lagi cawangan aswara fine art dibuka di iran....kata Dato...suruh madi buat paperwork!

Rashdan selalu kelihatan serius terutama dalam keadaan yang sedemikian....

Duta besar iran ke malaysia bersama Prof Dato...

No comments:

Post a Comment