FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Thursday, June 30, 2011

pameran di PACE GALLERY, PJ,jun2011

Sahabat Lama...Stephen Menon, Yusuf majid dan Ismadi disamping karya Ismadi, My Friends.

Pada 29 jun bertempat di pace gallery, pj telah diadakan satu pameran berkumpulan yang turut disertai oleh ismadi.
turut kelihatan ramai para pelajar, akademik, artis serta pengumpul dan pencinta seni yang turut tidak melepaskan peluang bagi menghayati karya terkini mereka yang terlibat.

Terimakasih kepada mereka yang mengunjungi pameran ini.


Pengarca, Ramlan juga turut kelihatan


Bincang Seni...Dato Maznah Jalil, Jai, Ramlan, Ismadi dan pelukis yang menyertai pameran...Manakala...ismadi tidak berpuas hati, turut membawa bil air yang semakin meningkat naik sejak bertapak di selangor.




Ramai yang terpegun dan keraguan melihat kehadiran beliau yang agak kuyup terus menuju ke karya ini....Kurator Negara, En Erry, beliau juga turut kelihatan sambil cuba menghayati dan mengenali beberapa rakan ismadi yang digambarkan dalam karya diatas, katanya....hausss.. Setelah berbicara dengannya,....rupa-rupanya beliau hanya singgah seketika dalam perjalanan pulangnya ke Klang yang dikhuatiri hujan terlalu lebat!

Ismadi tahu akan perangai Erry sebagaimana sebelumnya...dan meninggalkan beliau keseorangan sambil menghayati karyanya....akhirnya dia cuba melobi ismadi dengan bersetuju untuk menghasilkan buku untuk siri karya ini walaupun ismadi tahu pasti ada sesuatu yang akan dimintanya....tiba-tiba dia berkata sambil tersenyum....."Madi....Ada lagi tak yang kecik-kecik kat rumah, yang tak pakai ke yang terkoyak ke?......itulah kehebatan Kurator Negara ini, Erry Koboi.

Pelukis terkenal tanahair yang lebih terkenal di Perancis ini, Rani Majid dan Stephen Menon sedang berbual sesuatu hal yang kelihatan serius....(saya cuba mencuri mengambil gambar ini kerana tahu beliau tidak suka liputan meluas di Malaysia) mungkin membincangkan hal parking kenderaan mereka....saya cuba mendekati mereka...rupa-rupanya stephen cuba bertanyakan hal seluar jeans lama yang disayanginya hilang semasa mereka berpameran di paris suatu ketika lalu......kata stephen...aku tahu sape curi itu seluar .....

saya tahu, dia peminat seni tegar....dia kelihatan di galeri sejak jam 5 walaupun pameran bermula pada jam 8.30malam. Tahniah buat mereka ini.!

Pelukis wanita, Marisa Qabilla ...anak Malaysia yang mendakwa dirinya berketurunan Brazil ini sememangnya sedang meningkat naik, .....beliau turut kelihatan semasa pameran ini.....juga dikatakan hadirin terakhir pulang kerana cuba menghayati dengan bersungguhnya setiap hasilan karya 'ala malaysia' yang dipamerkan....sesekali dia kelihatan tersenyum bersendirian semasa cuba menghayati karya Paiman ...mungkin ada sejarah silam yang dibayanginya...apapun ramai yang menunggu serta menanti akan pameran karyanya yang dikatakan kontroversi di Malaya. Sama-samalah kita berharap agar karyanya mendapat kelulusan segera pihak Kerajaan Malaya untuk dipamerkan ditanahair dalam masa terdekat ini. Terimakasih atas kehadiran beliau.

akhirnya mereka ini bertemu kembali setelah 14 tahun terpisah...

No comments:

Post a Comment