FAKULTI SENI HALUS, AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Tuesday, June 28, 2011

preview karya ismadi- MY FRIENDS series, 2011

My Friens series, ismadi, oil on canvas

Untuk tatapan peminat senilukis.....karya ini akan dipamerkan di galeri PACE, 29 Jun 2011, jam 8 malam.

Dalam karya yang sedemikian, ismadi cuba untuk memaparkan tentang watak rakan-rakan sekerja yang mencuit hatinya, ia divisualkan dengan gaya spontan. Kadangkala karya yang dihasilkan sedemikian dihasil terlebih dahulu dengan siri-siri lakaran sebelum diadaptasikan diatas kanvas. Garisan dan palitan catan minyak secara bersahaja dan cukup kasar cukup bagi memaparkan watak individu tersebut selain dari gaya emosi yang cukup menyentuh perasaan ismadi.

Dalam catan ini menggayakan tiga watak individu rakan-rakan beliau, Ah Wong dengan selakanya-Apalagi Mau Bikin setiap kali bertemu. Yang ditengah adalah Dr. Rampal seorang pengumpul karya yang selalu menyatakan akan saranan 'hidup kena HAPPY selalu' dan dikanan sekali adalah Prof Majid yang agak terkilan untuk mengenali diri ismadi secara lebih dekat kerana berhijrah. Mereka-mereka ini cukup memberi kesan dalam kehidupan beliau selain dari rakan-rakannya yang lain.Yang demikian...mereka-mereka ini turut diabadikan dalam karya beliau.

Sama-samalah kita menyaksikan karya ini...moh la kita kesana.....

No comments:

Post a Comment